Dulu tahun 2013- 2014 kalau x silap... Pernah dah kna scam dalam pembelian emas.. ngam 10 tahun kemudian.. eh terkono laiee. 🥴🥴🥴 Hahahahah, ghupo eh den ni copek melupakannn. Bezanya, hari ni aku tak sedih sangat ah berbanding masa tahun 2013-2014 dulu.. kerugian pun dlm rm418 je. Jumlah tu walaupun aku tulis '418 je', tapi sbnrnya besar juga bagi aku yg gaji kecik ni. Nak wat camne.. masa nk kena tu mcm tu aje buleh kena.. pdhal nak ikutkan , mmg aku jenis yg agak alert juga bab2 scammer ni. Hahahaha.. adoiyai. Mampu gelak je lah. Aku simpan semua screen shot. Buat kenang2an.. Malas nk g report sbb, leceh lak nanti nak kena panggil soalsiasat plak.. sedangkan duitnya lom tentu dpt kembali. Apa² pun , aku doakan moga scammer2 tu mati kena lenyek lori tanker. Eh, bukan.. lumpuh sepanjang hayat sbb makan duit haram. Takpun merana sakit kanser ke tapi x mati2. Berkat dia makan duit harammm. Jap nanti aku upload gambar rantai tangan emas yg buat aku tergoda nak beli utk...
Banyak je sebenarnya nak ditulis. Tapi macam penat pulak bila mikirkan nak luah tu. Mungkin sebab aku sejenis yang "lex²" je lah. Walaupun sebenarnya serabut! Kadang² berbahaya perangai memendam macam ni. Sebab, apabila dia start meletup, masa tu dah tak boleh dah nak control damage. Sambil aku menulis ni, aku mengadap anak aku no 5 yang kurang sihat. Dedau, ada macam nak semput. Tapi bagusnya si atancuk ni, dia demam, dia tahu bawak diri. Ikut arahan aku dan buat apa yang sepatutnya utk dia 'survive' kesakitan dia. Suruh makan ubat, dia makan, suruh makan habbatussauda, dia makan, suruh mandi, dia mandi. Senang diuruskan. Dia x banyak merungut bila sakit. Jangan kan yang no 4 tu.. kalau sakit... Ya ampunnn kemahen macam kain buruk, cengeng, mengeluh kuat. Makan ubat , makan nasi, semua nak kena dipaksa. Kalau tidak, mmg cenggitu je lah terdampar. Yang sepesen macam no 4 tu, si sulong. Yang sepesen no 5 tu, si nombor 3. Yang perempuan, no 2 dan no 6, time sakit dok...
Telah masuk tahun baru bulan Islam. Hidup macam rollercoaster, ups and down. Hambar suka duka kegagalan kejayaan silih berganti. Semua mesti disyukuri. Selagi masih bernyawa, kita hamba kena belajar mensyukuri segala nikmat kurniaan Nya. Otak berselirat, mintak Dia leraikan segala simpulan. Hanya Dia Maha segalanya. Aku pernah baca orang tulis ; "Hidup ni keras." Ketahuilah sesungguhnya kalau sekarang kau rasa hidup dah keras, alam kubur lagi keras beb, sekeras² alam kubur, alam selepas kebangkitan lagi lah Maha keras. Alam di mana kau dihisab segala amalan, cuci segala dosa dalam neraka, kemudian baru diangkat letak dalam syurga. Itu pun kalau kau mati masih dalam syahadah beriman kepadaNya. Kalau kau mati dalam syirik, kekallah kau dalam neraka. Maka... Buatlah pilihan sekarang sama ada mahu syurga atau neraka.. Dan, laksanakan usaha untuk kau dapatkan pilihan itu. Salam tahun baru bulan Islam 1 Muharram 1444
Comments
Post a Comment