November Rain
Pagi yang cerah, tapi masuk tengahari gelap mendung, hujan. Kemudian panas semula sekejap, gerimis . Menjejak ke petang, hujan lebat dah berhenti tapi langit masih gelap. Cuaca di langit, cuaca di hati aku tak jauh beza. Libang libu, terlalu cepat berubah. Sekejap tenang, sekejap sejuk, sekejap panas membakar, sekejap sayu.. Semua kehendak dan izin Nya. Pada masa² tertentu, sampaikan dah takde 'cuaca' dah dalam hati. Dia flat umpama mesin detak jantung yang menunjukkan flat line. Ia kosong macam hening sunyi gelap malam. Yang Maha Kuasa menentukan demikian. Penat hidup mengalah. Walaupun aku mengalah untuk menang. Kemenangan yang tidak pernah diiktiraf kerana kelihatan kalah pada zahirnya. Sampai bila? Sehingga hujung nyawa barangkali.. Fuckoff to all the madafaker.