Saturday 1 Muharram
Telah masuk tahun baru bulan Islam. Hidup macam rollercoaster, ups and down.
Hambar suka duka kegagalan kejayaan silih berganti.
Semua mesti disyukuri. Selagi masih bernyawa, kita hamba kena belajar mensyukuri segala nikmat kurniaan Nya.
Otak berselirat, mintak Dia leraikan segala simpulan. Hanya Dia Maha segalanya.
Aku pernah baca orang tulis ; "Hidup ni keras." Ketahuilah sesungguhnya kalau sekarang kau rasa hidup dah keras, alam kubur lagi keras beb, sekeras² alam kubur, alam selepas kebangkitan lagi lah Maha keras. Alam di mana kau dihisab segala amalan, cuci segala dosa dalam neraka, kemudian baru diangkat letak dalam syurga. Itu pun kalau kau mati masih dalam syahadah beriman kepadaNya. Kalau kau mati dalam syirik, kekallah kau dalam neraka.
Maka...
Buatlah pilihan sekarang sama ada mahu syurga atau neraka..
Dan, laksanakan usaha untuk kau dapatkan pilihan itu.
Salam tahun baru bulan Islam 1 Muharram 1444
Comments
Post a Comment